Sunday, April 22, 2012

How it all started...


It didn’t occur to me that I will be teaching. Personally, I do not have the slightest idea what is to become of me after graduation. I didn’t actually plan a long term plan let alone a short one. Thinking of the possibilities of what can I do or work as with a degree in Publishing. Generally, when publishing comes to mind most of us would think of anything there is to do with books or printing or even writing. Allah is the All-Knowing, He knows exactly what is good and what is bad for us. Teaching for me started when I was still in uni doing my degree. Well, not teaching, but more of tutoring. 

Research is a subject most dislike by most of the students in my faculty. I do not know why. It was quite challenging even for me at first. Being a rookie in doing research as I did not know anything. Finding a problem statement was already a hassle for me. But Alhamdulillah, it was then that I learned something new. I learned how to use the google advance search. I knew then by using advance search I can read all the academic materials I want. It’s a heaven for academic journals. All you need to do is just type in the subject matter and Voila. 

I remember how nervous I was every time when there was Research lecture. The class was divided into two sessions, tutorial and the lecture itself. But then again, research, in my opinion is something that everybody must know how to do. It teaches you how to organize your flow of thoughts. So that everything will look neat. But the part I like the most about doing research is that you get to do lots and lots of reading which I enjoy doing Alhamdulillah. After a few sessions I started to develop a liking towards the subject. Henceforth, that is how I started teaching, helping my friends to understand the subject. 

Anyway, the teaching profession for me is fine and dandy. As far as my degree is concerned. I can always write and publish my own books now that I have a subject matter to write about. Writing about education and the English language sounds like a good start, don’t you think? I would like to end my ramblings with a hypothesis: “If you can understand poetry in a particular language, you can understand anything written in that particular language.”

Monday, February 6, 2012

Bandar Akademia


Suatu ketika dulu saya pernah terbaca satu wacana yang dinukil oleh mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamed yang bertajuk 'University Towns' ataupun 'Bandar Universiti' di dalam Bahasa Melayunya. Menariknya tentang artikel ini ialah ia memberikan gambaran baru tentang peranan-peranan universiti. Kini di negara-neagara barat, universiti-universiti tidak lagi menghadkan aktiviti-aktiviti akademik mereka di kalangan penuntut-penuntut dan kakitangan-kakitangan universiti sahaja. Kini, mereka turut melibatkan sekali orang-orang awam yang tinggal berhampiran dan juga golongan-golongan pekerja yang bekerja berhampiran dengan kawasan universiti. Antara universiti-universiti yang dinyatakan oleh Tun di dalam artikelnya yang mempunyai bandar universitinya yang tersendiri ialah Oxford dan Cambridge. Secara peribadinya, saya belum pernah lagi menjejakkan kaki ke kedua-dua tempat ini. Namun begitu, ingin saya memberikan sedikit kata dua yang tidak seberapa tentang gambaran umum sebuah bandar universiti.

Tidakkah kita teringin di Malaysia adanya bandar-bandar universiti seperti di Oxford dan Cambridge? Di mana setiap penjuru bandar tersebut mempunyai kaitan dengan ilmu pengetahuan. Aktiviti menyampaikan dan menuntut ilmu merupakan aktiviti-aktiviti harian. Wacana ilmiah di"awam"kan supaya penduduk setempat juga tidak ketinggalan dengan perkembangan maklumat dan ilmu pengetahuan. Islam dijadikan asas atau foundation untuk membina dan memacu perkembangan sebuah bandar universiti. Baru-baru ini universiti Harvard telah merakamkan satu syarahan bersiri yang menerangkan tentang kaitan antara ilmu Sains dan ilmu memasak tanpa dikenakan sebarang bayaran. Syarahan itu direka cipta supaya ia dapat memperlihatkan perkaitan yang jelas antara Sains dan dunia masakan. Syarahan-syarahan tersubut juga mudah difahami. Antara universiti-universiti yang setahu saya merakam dan memuat naik rakaman syarahan-syarahan mereka ke Youtube ialah Harvard University, University of Califronia, MIT (Massachusetts Institute of Technology), Universiti Al-Azhar, beberapa institut pengajian tinggi dari India (terutama sekali dalam bidang kejuruteraan, matematik dan perubatan) dan banyak lagi. Kebanyakan syarahan-syarahan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan. Kecuali Universiti Al-Azhar di mana kesemua syarahan-syarahan mereka adalah di dalam Bahasa Arab.

Seterusnya, dari segi kerbergantungan kepada diri sendirimungkin fakulti-fakulti yang berkaitan dengan perniagaan boleh menjadi satu badan yang mengurus aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam bandar universiti  tersebut supaya dapat menjana ekonomi dan seterusnya meningkatkan kemandirian sesebuah bandar universiti tanpa perlu mengharapkan bantuan kewangan daripada luar. Jikalau sesebuah bandar universiti itu dapat menjana kewangan yang cukup, insyaAllah mungkin satu hari nanti bandar universiti tersebut dapat memberi lebih banyak peluang untuk belajar secara percuma ataupun jika tidak dapat secara percuma mungkin dapat dikurangkan yuran sehingga ke tahap yang paling rendah supaya lebih ramai orang boleh diberi peluang untuk menyambung pelajaran mereka. 

Masjid di dalam sebuah bandar universiti memainkan peranan yang sangat penting. Ia bukan sekadar orang datang dan pergi untuk menunaikan solat fardu sahaja. Masjid juga boleh dijadikan  tempat untuk menyampaikan ilmu kepada orang awam. Perpustakaan bandar universiti pula dibuka kepada semua. Perpustakaan universiti ialah sebuah tempat yang bukan sahaja dipenuhi dengan buku malah ia juga merupakan satu badan penerbitan universiti yang bergiat aktif dalam penerbitan hasil-hasil kajian dan hasil-hasil penulisan.  Di samping itu, perpustakaan universiti boleh mengadakan program-program berkala dengan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Program-program ini direka khas untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah supaya sentiasa bergiat aktif dalam menulis. Pihak perpustakaan boleh menyediakan platfrom untuk pelajar-pelajar sekolah. Hasil-hasil tulisan mereka akan dibukukan oleh perpustakaan universiti dan dijadikan sebagai bahan bacaan di dalam perpustakaan tersebut. Tidak lupa juga kepada orang awam yang ingin menyuarakan pandangan mereka ataupun ingin menulis sebuah buku. Pihak perpustakaan akan menyediakan satu kemudahan untuk mereka. 

Kesimpulannya, bandar universiti ialah sebuah tempat yang sentiasa aktif dengan kegitan keilmuannya. Ia menjadi tumpuan kepada mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan untuk berkongsi dan mengajar ilmu mereka kepada orang lain di samping itu juga mereka dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka. InsyaAllah saya berdoa suatu hari nanti negara kita yang tercinta ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang cukup untuk menjadikan sebuah bandar universiti ini satu kenyataan. Ini cuma gambaran ringkas yang tidak seberapa dari saya dan jika terdapat kekurangan dari segi penyampaian idea atau dari segi bahasa saya pinta kemaafan. Allah lebih mengetahui =)