Wednesday, June 15, 2011

saya rasa kan..


Kerap kali kedengaran bahawa benda-benda yang kita belajar di sekolah tiada kaitan dengan apa yang bakal kita hadapi di dunia luar. Hatta perkara-perkara yang kita belajar di universiti sekalipun. Jikalau dilihat secara sepintas lalu memang pada sangkaan awal subjek-subjek yang dipelajari mungkin ada mungkin tidak ada kaitan dengan realiti dunia luar. Saya melihatnya begini, ini cuma pandangan saya, insyaAllah mungkin yang membaca artikel ini mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Tidak mengapa, perbezaan pendapat dalam isu ini tidak menjadi masalah. Namun apa yang ingin saya tekankan di sini ialah tentang mneggunakan atau mengaplikasikan apa yang telah kita pelajari di sekolah atau di universiti di dalam bidang pekerjaan kita atau kehidupan seharian kita.
Minta maaf saya bukan alim di dalam bidang agama tetapi kita diajar di dalam Islam bahawa sesuatu ilmu yang dipelajari itu mesti diikuti dengan amalan atau practice dalam bahasa Inggerisnya. Kita ambil contoh yang paling mudah subjek bahasa. Bahasa Inggeris terutamanya. Kini, berita tentang pelejar-pelajar dan lepasan universiti gagal mengausai bahasa Inggeris dengan baik seringkali menghiasi akhbar-akhbar. Tidak di bahagian Education, di bahagian berita nasional/tempatan dan seringkali juga di bahagian surat-surat dari editor boleh kita lihat pandangan masyarakat umum tentang lemahnnya penguasaan bahasa Inggeris di kalangan lepasan univeristi. Sebagai seorang pengamal komunikasi massa dan media ingin saya katakan di sini bahawa jikalau seseorang itu hendak menguasai sesuatu bahasa. Dia tidak ada cara lain melaikan untuk mempraktikkan setiap perkara yang dia telah pelajari. Belajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Begitu juga yang bagi yang mempelajari bahasa Melayu. Selain daripada bercakap menggunakan bahasa yang ingin dipelajari itu, menulis juga merupakan salah satu cara untuk sentiasa memperbaiki penggunaan bahasa kita.
Kedua, saya ingin membawa anda kepada dua bidang/subjek yang berkemungkinan ada kaitannya sedikit dengan subjek bahasa. Subjek-subjek yang saya maksudkan ialah Matematik dan Sains. Teringat saya ketika pertama kali saya diperkenalkan dengan subjek Sains sewaktu saya berada di darjah empat. Fikiran saya terpinga-pinga kerana Sains merupakan satu subjek yang saya tidak biasa dengannya. Dengan eksperimen-eksperimennya, fakta-fakta dan teori-teori yang mesti difahami secara sistematik. Resah fikiran saya ketika itu kerana kurang memahami subjek Sains. Sehingga apabila saya berada di tingkatan empat Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya membina kefahaman saya terhadap subjek tersebut. Apabila saya berada di universiti saya akhirnya faham bagaimana Sains berlaku di sekeliling kita. Saya bukan bercakap soal kita sedut oksigen dan kelurkan karbon dioksida sahaja. Saya fikir fakta seringkas ini hampir semua orang yang pernah mempelajari Sains pun tahu. Pada penulisan yang lepas saya telah menulis sebuah cerita pendek dalam bahasa Inggeris tentang aplikasi Fizik dalam mesin cetak. Oleh karana saya seorang lulusan komunikasi massa saya akan menceritakan aplikasi Sains di dalam bidang ini. Kedengaran agak janggal kerana jarang ada yang memperkatakan tentang Sains lebih-lebih lagi menggunakan pendekatan ilmu Fizik dalam memahami bagaimana sebuah mesin cetak berfungsi.
Bukan setakat itu sahaja. Saya pasti, ramai yang suka memasak bukan? Memasak ialah aktiviti yang memerlukan kepada pengetahuan Sains yang asas. Namun tidak ramai daripada kita yang menyedarinya. Apabila seseorang itu hendak belajar memasak satu resipi yang baru dia akan berkata dia sedang membuat satu eksperimen. Saya tidak nafikan eksperimen yang dimaksudkan itu beerti untuk cuba mempelajari selok belok memasak resipi tersebut. Tetapi sedarkah kita kita kita sedang melakukan eksperimen itu kita sedang mengpalikasi Sains ke dalam kehidupan seharian kita. Cuma bezanya kita tidak menyusun atur kaedah-kaedah kita memasak itu ke dalam satu laporan yang sistematik sebagaimana kita lakukannya ketika berada di dalam makmal. Saya pernah terbaca satu status facebook yang ditulis oleh syarikat Penerbitan terkenal di UK Dorling Kindersley. dia menyatakan bahawa:
Did you know that the flours and baking agents used in the US are so different from the UK that all our recipes have to be retested for weights and cooking times? And on top of this, there’s the added complication of baking at different altitudes which confuses things even more – bear that in mind if you happen to be baking a cake up a mountain!
Ini adalah salah satu contoh yang menyatakan bahawa pengaplikasian Sains tidak terikat di dalam kerangka sebuah makmal sahaja. Sebagai seorang Islam kita tahu hakikat ilmu Sains ini, segala hukum Fizik, Biologi, Kimia dan pelbagai lagi merupakan hukum Allah juga. Kita juga tidak menafikan bahawa Allah merezekikan kepada individu-individu tertentu untuk menemukan hukum-hukum ini. Antaranya Ibnu Sina, Al Khawarizmi, Al Biruni dan ramai lagi. Tidak lupa juga ahli-ahli Sains yang bukan Islam yang mana Allah telah memberikan kefahaman kepada mereka dalam ilmu-ilmu Sains. Contohnya seperti Albert Einstein, Isaac Newton, Marie Curie dan ramai lagi.
Ketiga ialah subjek Matematik. Haa ni dia. Ramai bila sebut sahaja subjek ini akan terus tidak mahu dengar. Subjek Matematik ini adalah sebuah subjek kurang diminati pada masa kini. Saya bercakap tentang konteks dalam negara kita ini. Ya, Matematik ialah sebuah subjek yang melibatkan banyak pengiraan. Selalunya lulusan Matematik ini akan dikaitkan dengan bidang pendidikan, saintis, akauntan dan ahli ekonomi dan mungkin juga ahli perniagaan dan apa-apa sahaja bidang yang melibatkan pengiraan. Jarang seklai lulusan Matematik dikaitkan dengan bidang pekerjaan yang lain seperti penulis, ahli sukan, pembuat baju dan banyak lagi. Saya rasa ramai yang tahu mengenai rancangan drama bersiri numb3rs. Ceritanya ialah mengenai seorang profesor dari Jabatan Matematik Universiti CalSci yang yelah diserapkan ke dalam bidang penguatkuasa untuk membantu pihak berkuasa menangkap penjahat menggunakan ilmu Matematik. Mungkin drama ini agak sedikit rumit untuk memahami perkaitannya. Baiklah, kita ambil contoh memasak sekali lagi. Sebelum kita memasak kita perlu tahu jumlah bahan-bahan yang perlu digunakan untuk sesuatu resipi. Oleh itu, kita mestilah membuat timbangan terlebih dahulu. Apabila pertimbangan yang kita buat tepat, insyaAllah masakan kita tidak akan menjadi terlalu masin atau terlalu tawar. Conthnya.
Kesimpulannya, Apa yang kita belajar di sekolah dahulu insyaAllah mempunyai kaitan dengan realiti dunia luar. Bagaimana kita melihat sesuatu subjek itu akan mempengaruhi cara kita berfikir. Kita ini kadang-kadang terlalu cepat untuk membuat suatu kesimpulan tanpa perlu memahami sesuatu perkara itu terlebih dahulu. Cuba ambil masa untuk memahami sesuatu perkara terlebih dahulu. Mungkin pada peringkat awal kita tidak faham. Tetapi apabila kita sentiasa menambah kefahaman kita tentang sesutu perkara insyaAllah kita mungkin dapat memahami perkara tersebut dengan lebih baik lagi. Ini cuma pendapat saya yang tidak seberapa. ^_^

No comments:

Post a Comment