Tuesday, October 11, 2011

Sehari bersama Prof Hakim.


“Baiklah, untuk tugasan kamu kali ini, saya nak kamu tulis satu esei tentang telefon bimbit.” kata Profesor Hakim kepada pelajar-pelajarnya. “Aduh, prof! Susah tu prof. Saya tak tau nak tulis apa la prof,” jawab Ghazali, salah seorang pelajar Profesor Hakim. “Haish, takkan la kamu tak tau nak tulis apa? Kamu tu dah bergelar pelajar universiti, bukan budak sekolah lagi. Takkan lah tugasan senang camni pun kamu tak boleh nak buat?” kata Profesor Hakim dengan nada sinis. “Alaa prof, bagilah tajuk yang lebih specific sikit. Macam, bagaimana telefon bimbit boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan kita ke? Ataupun sejarah di sebalik penciptaan telefon bimbit ke? Tak pun bagi tajuk bagaimana telefon bimbit boleh buat pelajar-pelajar leka. Barulah senang sikit,” ujar Asri.
Terukir senyuman di bibir Profesor Hakim mendengar keluhan para pelajarnya. “Baiklah. Saya tak akan ubah tajuk tugasan ini, tetapi, saya akan bagitau kamu bagaimana kamu boleh generate idea untuk menulis esei ini. Pernahkah kamu mendengar satu cara pemikiran yang disebut sebagai Systems Thinking?” Auditorium yang riuh rendah tadi tiba-tiba sepi. Takde siapa berani angkat tangan untuk menjawab persoalan Profesor Hakim. “Secara ringkas Systems Thinking ini merupakan cara pemikiran yang diperkenalkan olehLeonardo Da Vinci. Systems Thinking ialah satu cara pemikiran yang mengaitkan satu perkara dengan perkara yang lain. Michael J. Gelb menyatakan di dalam bukunya Think Like Da Vinci;
"Leonardo kerap kali menulis pemerhatiannya ke dalam buku notanya. Beberapa tahun kemudian, banyak ahli ilmuan telah mengkritik Leonardo kerana keadaan buku notanya yang tidak tersusun. Beliau tidak meletakkan isi kandungan, kerangka mahupun indeks. Beliau menulis secara rambang, bertukar dari satu topik ke topik yang lain dan beliau juga kerap kali mengulangi dirinya. Tetapi bagi ilmuan-ilmuan yang berpihak kepada Leonardo menegaskan bahawa gaya penulisan Leonardo mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain. Penulisan-penulisannya merangkumi setiap aspek pemerhatiannya dan lebih mengagumkan lagi, pemerhatian-pemerhatiannya terbukti walaupun dalam keadaan penulisannya yang tidak tersusun itu. Ini beerti, pada asalnya sudah tidak perlu bagi Leonardo untuk menyusun semula penulisannya mengikut kategori dan tidak perlu juga bagi Leonardo untuk membuat satu kerangka umum. Ini adalah kerana Leonardo dapat mengaitkan antara satu perkara dengan perkara yang lain dengan baik sekali."
Suasana kelas itu kelihatan lebih suram kerana tiada siapa yang dapat faham apa yang cuba disampaikan oleh Professor Hakim. “Ahem!” Profesor Hakim bersuara. “Kalau macam ni, saya kena guna pendekatan yang kurang rumit. Baiklah, pelajar-pelajar sekalian. Saya nak tanya kamu satu soalan. Kalau kamu hendak memulakan kerja baru, apakah antara faktor-faktor yang akan kamu ambil kira sebelum kamu membuat keputusan untuk menerima suatu tawaran bekerja?” tanya Profesor Hakim kepada pelajarnya. “Oh, itu senang jer prof!” jawab Aisyah dengan bersemangat. “Mula-mula kita akan ambil kira tentang bayaran yang diberikan. Lepas tu kita akan cuba carik tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja. Seterusnya kita akan tengok samada memiliki kenderaan sendiri lebih baik atau menaiki kenderaan awam lebih baik. “Hah, pandai pun!” jawab Profesor Hakim. “Nampaknya kamu sudah mula berfikir seperti Da Vinci,” kata Profesor Hakim kepada Aisyah. Aisyah tersenyum malu. Mukanya merah.
“Pelajar sekalian, balik kepada topik perbincangan kita. ‘Telefon Bimbit’. Ok, apa yang kamu boleh tulis tentang telefon bimbit? Ghazali mengankat tangannya, “Boleh saya cuba prof?” “Silakan Ghazali,” sapa prof. “Mula-mula kita boleh menceritakan tentang sejarah telefon bimbit. Bagaimana telefon bimbit itu mula-mula dicipta, pada tahun berapa ia dicipta dan siapa yang menciptanya. Kedua kita boleh ambil pendekatan saintifik. Kita boleh cakap tentang bagaimana sebuah telefon bimbit berfungsi; pancaran gelombang radio.” “Bagus bagus. Ada lagi idea?” tanya Profesor Hakim. “Prof. boleh tak kalau kita kaitkan telefon bimbit tu dengan bisnes dan ekonomi?” tanya Ghazali. “Hmm... Boleh juga. Kamu boleh menceritakan bagaimana ciri-ciri sesuatu telefon bimbit itu memberi kesan kepada penjualan telefon bimbit di pasaran. Kamu juga boleh kaitkan bagaimana penjenamaan (branding) memberi impak yang mendalam terhadap pengguna. Kamu juga boleh cakap dari segi ekonomi bagaimana telefon bimbit boleh memberi kesan kepada permintaan dan penawaran.
“Ok dah dah. Cukup cukup. Saya tahu kamu ada banyak lagi idea tentang apa yang hendak ditulis. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah Systems Thinking sebenarnya melibatkan satu cara pemikiran yang agak rawak. Ia tidak ada kerangka atau outline tentang apa yang hendak disampaikan. Ini adalah kerana apa yang disampaikan melalui cara pemikiranSystems Thinking ini sebenarnya tidak memerlukan kerangka. Apabila kamu mula mengaitkan setiap satu hujah kamu dengan sendirinya ia akan mewujudkan satu simfoni atau jaringan idea yang walaupun tidak tersusun, akan tetapi, isi kandungan yang akan kamu persembahkan itu lah yang akan menentukan flow idea kamu. Daniel H. Pink tulis dalam buku dia A Whole New Mind:
"Saya menggelar kebolehan luar biasa ini sebagai simfoni. Simfoni merupakan kebolehan untuk menukilkan satu hubungan yang harmoni . Ini dikatakan keupayaan untuk mensintesis bukan untuk menganalisa; untuk mengaitkan satu bidang dengan satu bidang yang lain; untuk melihat kepada perspektif yang lebih luas daripada memberikan jawapan yang sempit; dan untuk menciptakan sesuatu yang baru dengan menggabungkan dua elemen-elemen yang tidak pernah seorang pun terfikir untuk melakukannya. "
Cara pemikiran ini agak menarik. Kerana ia akan memaksa kamu untuk belajar sesuatu yang di luar bidang kepakaran kamu. Contoh macam tadi, sekarang kamu adalah pelajar dalam bidang kewartawanan. Apabila kamu hendak menulis tentang telfon bimbit dan ekonomi kamu mesti terlebih dahulu tahu tentang ilmu ekonomi itu sendiri. Secara tak langsung kamu belajar tentang ekonomi. Leonardo Da Vinci adalah salah satu contoh individu yang menguasai leih daripada satu bidang kepakaran. Ini termasuklah Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Imam Malik, Imam Shafie dan banyak lagi.
Sekali lagi Daniel H. Pink tulis:
"Seperti melukis, simfoni, secara umum ialah berkaitan hubungan. Seseorang yang ingin berjaya di dalam Era Pemikiran Konsep ini perlu memahami hubung kait di antara disiplin-disiplin ilmu yang pelbagai."
Salah satu jenis individu yang diperkenalkan oleh Daniel H. Pink dalam bukunya adalahBoundary Crossers. Dalam bahasa mudahnya individu-individu yang keluar daripada sempadan kepakaran mereka. Mereka adalah individu-individu yang menguasai atau memahami lebih daripada satu bidang. Daniel H. Pink sekali lagi memperkenalkan individu-individu tersebut di dalam buknya:
"Meraka ini digelar boundary crossers. Beberapa orang individu yang dikatakanboundary crossers adalah seperti Andy Tuck, seorang profesor Falsafah dan seorang pemain piano yang menggunakan kepakaran beliau dalam bidang-bidang tersebut untuk menguruskan firma perundingannya. Individu seperti Gloria White-Hammond, seorang pastor dan pakar pediatrik di Boston; Todd Machover, seorang komposer opera dan juga seorang pencipta alat-alat muzik berteknologi tinggi; Jhane Barnes, seaorang ahli Matematik yang menggunakan kepakrannya untuk membina empayar fesyennya yang tersendiri; Mihalyi Csiszentmihalyi, seorang psikologis bagi University of Chicago yang telah menulis buku yang bertajuk Flow: The Psychology of Optimal Experience dan juga sebuah lagi buku yang bertajuk Creativity: Flow and the Psychology of Discovery and Invention. Beliau telah membuat kajian tentang kehidupan orang-orang kreatif dan mendapati bahawa kreativiti secara umumnya memerlukan kepada seseorang itu untuk berfikir luar daripada bidang kepakarannya."
Secara mudahnya, apa yang cuba disampaikan oleh Daniel ini adalah kita perlu keluar daripada sempadan kepakaran kita untuk memahami sesuatu dengan lebih meluas,” jelas Profesor Hakim. “Oh camtu je ke prof. Alhamdulillah, baru faham camner nak buat esei ni,” jawab Aisyah. “Weh, korang. Jom kita gi kafe nanti bincang,” kata Ghazali kepada Asri dengan Aisyah. “Pe barang. gi kafe, gi library lah.” jawab Aisyah dengan nada sinis. “Haha. Baiklah baiklah. Sat gi kita ke library,” jawab Ghazali.
Rujukan:
J. Gelb, Michael (2009), Think Like Da Vinci: 7 Easy Steps to Boosting Your Everyday Genius, Clays Ltd, GreatBritain.
H. Pink, Daniel (2005), A Whole New Mind: Why Right-Brainers Will Rule The Future, United States of America.

No comments:

Post a Comment